Ulasan Dave the Barbarian

Serupa dengan siri-siri pendahulunya, The Roman Holidays yang tidak kekal lama, dan The Flintstones, Dave si Orang Gasar mengatur seiring yang kuno dan yang moden. Umpamanya, Candy membeli-belah di kawasan membeli-belah tempatan dan menggunakan bola kristal untuk beria-ia membeli-belah dalam talian. Kekadang, siri ini juga menurunkan tirai keempat, dengan seorang watak membuat ucapan langsung kepada penonton.

Terdapat pengisah, dikenali sebagai Pencerita — kekadang dirujuk sebagai Pengisah, yang disuarakan oleh Jeff Bennett. Dia memainkan peranan yang penting dalam pertunjukan ini kerana mengawal apa yang berlaku dalam cerita. Dia berupaya bercakap dengan watak-watak dalam pertunjukan dan sebaliknya. Sebenarnya, dia pernah ditangkap sekali oleh Dark Lord Chuckles, si Babi Bodoh, dan terpaksa membaca kisah.

Pertunjukan ini, walaupun dipuji oleh para pengkritik, dihentikan selepas episod ke-22 tanpa memberikan sebarang alasan. Tidaklah diketahui apa yang akan dirancangkan oleh Saluran Disney. Peminat-peminat pertunjukan ini mengatakan bahawa pembatalan siri ini adalah amat mungkin dan mengatakan bahawa alasannya bukan kerana pertunjukan ini tidak bermutu, tetapi jenaka-jenakanya kekadang dianggap berketerlaluan oleh sesetengah penonton Saluran Disney. Bagaimanapun dari segi stilistik, kelucuan rancangan ini adalah berbeza dengan kebanyakan rancangan Disney. Dave si Orang Gasar masih disiarkan dalam Saluran Disney, kebanyakan kalinya pada slot hujung minggu jam 4.00 pagi. Di Australia, pertunjukan ini disiarkan pada hari bukan hujung minggu jam 11.30 malam.

Siri kartun ini pernah ditayangkan di Malaysia melalui Saluran Disney serta juga saluran TV3 pada setiap hari Sabtu jam 9:30 pagi.